Friday, August 5, 2011

Ramadhan ;)


Alhamdulillah sampai juga kita di bulan Ramadahn. Bulan yang barakah, yang di dalamnya terdapat keampunan, rahmat, dan keberkatan, Insyaallah..

Alang-alang kita dah dipanjangkan umur untuk sekali lagi menyambut bulan Ramdhan, marilah kita rebut peluang ini untuk memperbanyakkan amal ibadah. Dalam bulan Ramadhan ini, mari sama-sama kita usahakan untuk mendapat keimanan yang tertitnggi. Insayaalh, semoga dengan usaha untuk mencapai tahap keimanan tertinggi ini menjadi bekal buat kita untuk menempuhi 11 bulan berikutnya sebelum masuk semula ke dalam bulan Ramadhan.

Mari sama-sama kita tingkatkan ibadah dalam bulan Ramadhan ini. Rapikan ibadah fardhu dan tambah sebanyak banyak nya ibadah sunat. Contohnya solat tarawikh, qiamullail, tadarus, solat jemaah, sedekah, berzikir, dan banyak-banyak lagi. Bulan Ramdhan ni kan Allah gandakan pahala setiap amalan. Ruginya la kalau tidak mengambil peluang ini untuk dapatkan ganjaran yang sangat besar daripada Allah Taala.

Analoginya macam ini.Katakanla kan kalau tiba-tiba kita dapat hadiah berupa wang tunai RM 100 000. Tapi ada syaratnya.Mesti tuntut wang tersebut pada pihak berkenaan dalam tempoh sekian-sekian. Tapi disebabkan kesibukan kita, kta terlepas nak ambil duit itu. Rugi kan??mestila rugi..seratus ribu kot..bukan sennag nak datang..mana ada orang bagi seratus ribu senang-senang macam tu je kan.

Macam itu lah juga dengan bulan Ramdahm.Mungkin disebabkan kesibukan dunia, kita terlepas peluang untuk melakukan amalan-amalan sunat ini dan terlepas ganjaran berlipat kali ganda yang Allah hendak berikan.Memang patut rasa rugi la..Kalau terlepas seratus ribu ringgit yang akan digunakan untuk beberapa tahun sahaja untuk kehiduoan dunia ini, patutnya kita rasa lebih-lebih rugi apabla tidak mendapat ganjaran yang Alllah tawarkan untuk bekalan kita selama-lamanya disana.Sungguh, beruntunglah sesiapa yang menghayati dan menghidupkan Ramadhan, dan rugilah bagi mereka yang terlepas dan melepaskanny.


Ayuh!!! Sama-sama kita berusaha mencapai yang terbaik..JOM rebut peluang beribdah!!!

p/s : entri yang sangat-sangat ditujukan untuk diri sendiri khususnya ;)

0 comments: